Thursday, September 14, 2023

Program Pemasaran Affiliate (PPA) Dengan Perhotelan

Apabila kita menyertai PPA, kita bukan sahaja memikirkan tentang bayaran komisen yang bakal kita terima apabila berlaku transaksi jualan dengan menggunakan Link Affiliate yang kita promosikan. Tetapi juga kita cuba mempromosikan produk yang:


1. Dapat membantu untuk menyelesaikan atau memudahkan masalah yang sedang dihadapi oleh bakal pelanggan kita

2. Berkongsi sesuatu yang bermanfaat seperti bagaimana PPA yang kita sertai dapat membantu mereka untuk buat pendapatan tambahan seperti yang kita lakukan.


Apabila saya menyerta PPA Involve yang mempunyai pelbagai pilihan produk dan servis untuk dipromosikan kepada orang ramai seperti barangan kosmetik, pelancongan, perhotelan, barangan elektrik dan sebagainya. Anda juga boleh menjana pendapatan yang sama seperti saya dengan menyertai Program Pemasaran Affiliate bersama Involve dengan mendaftarkan Akaun Involve anda di bawah:


Daftar PPA Involve Di Sini


Di sini, saya juga mengambil peluang untuk berkongsi cara bagaimana anda dapat buat tempahan hotel dengan mudah dengan membuat tempahan dengan Hotelsdotcom.


Anda boleh buat tempahan untuk penginapan anda sekarang:


Tempah Hotel Penginapan Anda Di Sini Sekarang


Saya memilih untuk berkongsi cara tempahan dengan Hotelsdotcom atas pengalaman sendiri di mana apabila perlu menghadiri kenduri di luar daerah/negeri dan apabila menghantar anak untuk daftar masuk asrama, perkara pertama yang bermain di fikiran adalah:


1. Di mana kami sekeluarga akan menginap dengan selesa

2. Kos belanja yang berpatutan dan di dalam budget kami.


HotelsDotCom menawarkan:

1. Harga yang berpatutan dan dapat memenuhi kehendak pelanggan dengan budget yang dikehendaki kerana terdapat pelbagai pilihan

2. Sistem untuk membuat tempahan secara atas talian adalah "user-friendly".

3. Mempunyai "Loyalty Program" dengan pelbagai ganjaran yang menarik.

4. Khidmat Pelanggan yang mesra dan "reliable"

5. Pilihan hotel di pelbagai lokasi


Anda boleh membuat tempahan bilik hotel "in advance" anda sekarang untuk majlis kenduri kawin, percutian dan sebagainya sekarang dengan menggunakan LINK di bawah:


 Tempah Hotel Penginapan Anda Di Sini Sekarang


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua dan segala perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar.


Tuesday, September 12, 2023

Bagaimana Cara Untuk Memilih Program Pemasaran Affiliate Yang Terbaik Untuk Anda Bermula Sebagai Affiliate Marketer?

Memilih Program Pemasaran Affiliate (PPA) yang tepat adalah amat penting di dalam perniagaan pemasaran affiliate. 


Jika anda ingin berjaya sebagai Affiliate Marketer di mana anda dapat membantu pengikut dan penonton sosial media anda seperti TikTok, Instagram, Facebook dan lain-lain lagi, mendapat apa (iaitu produk) yang mereka perlukan dan pada masa yang sama anda dapat menjana pendapatan secara berterusan, anda mesti mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan seperti di bawah ketika memilih PPA:


1. Jangan memilih NICHE  yang salah

Apa itu NICHE?

Niche adalah kepakaran yang anda miliki atau fokus dalam content (kandungan) video/gambar/ tulisan tentang sesuatu produk.

Contoh Niche adalah seperti kosmetik, fesyen, kereta, barangan elektronik, motivasi dan banyak lagi.

Content memerlukan Niche; sebagai contoh jika anda telah memilih niche kosmetik, semua content anda mesti berkaitan dengan kosmetik, jangan masukkan content yang rawak seperti barangan elektrik yang tiada kaitan dengan kosmetik.

Ini adalah penting supaya kita akan mendapat pengikut dan penonton yang tepat. Apabila kita telah mendapat pengikut dan penonton yang tepat, ia akan menjadi lebih mudah untuk mendapat jualan daripada pengikut dan penonton sasaran kita (Target Audience).

Jadi, adalah amat penting untuk kita memilih niche yang bersesuaian dengan apa yang kita suka dan memberi keuntungan. Jangan memilih niche untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.

Untuk memilih niche yang terbaik dan tepat untuk anda, pastikan:

i. Anda menyukai niche tersebut

ii. Anda juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang niche tersebut

iii. Pastikan niche tersebut memberi keuntungan kepada anda.


Apabila anda mempunyai minat dan pengetahuan yang luas tentang niche anda, anda akan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk berkongsi kebaikan tentang niche tersebut dengan pengikut dan penonton anda. Berkongsi ikhlas daripada hati, bukan memikirkan keuntungan semata-mata.


2. Anda jangan mempromosikan produk yang tidak berkaitan


Jika anda mempunyai produk yang terbaik tetapi jika ia bukan satu keperluan kepada  penonton sasaran anda, ia tetap tidak dapat dijual.

Pastikan anda sebagai Affiliate Marketer memahami apakah keperluan dan minat penonton sasaran anda supaya anda dapat memilih produk yang tepat untuk dipromosikan.

Pastikan produk yang anda ingin promosikan mempunyai nilai tambah kepada penonton sasaran anda.


3. Pastikan anda memilih produk dengan bayaran komisen yang berpatutan


Pastikan komisen yang ditawarkan dan dibayar adalah jumlah yang sama seperti yang telah dipersetujui ketika anda mula menyertai PPA.

Pastikan komisen yang dibayar adalah berbaloi dengan usaha dan masa yang telah anda gunakan untuk mempromosikan produk tersebut.

Sebagai contoh, ia mengambil masa dan usaha yang sama untuk mempromosikan produk yang berharga RM5.00 dan RM500.00 tetapi mempunyai jumlah komisen yang berbeza.

Anda perlu memilih produk yang memberi komisen yang berpatutan dan pada masa yang sama, harga produk tersebut mestilah berpatutan dengan nilai produk tersebut.

Anda juga boleh mempromosikan produk yang mempunyai sifat bayaran komisen yang berulang kali seperti menjual keahlian dan lain-lain lagi.

Anda juga boleh memilih PPA yang mempunyai dua (2) tingkat bayaran komisen di mana anda juga akan mendapat komisen daripada Affiliate Marketer yang anda perkenalkan dan mereka mendaftar sebagai Affiliate Marketer seperti anda.


4. Gagal untuk menilai Program Pemasaran Affiliate yang berkualiti


Ia adalah amat penting bagi anda untuk memilih PPA yang berkualiti dan boleh dipercayai untuk mendapatkan kepercayaan daripada penonton sasaran anda.

Sebelum anda memilih sesuatu produk, pastikan anda membaca review berkaitan produk tersebut atau anda boleh minta sampel atau membeli produk tersebut dan guna sendiri sebelum anda mula mempromosikannya.

Apabila anda mempromosikan satu produk yang tidak berkualiti, ia boleh menjejaskan prestasi anda dan keberangkalian untuk anda tidak mendapat jualan berulang (repeat sales) adalah tinggi dan ia boleh menjejaskan reputasi anda.


5. Mempromosikan banyak produk affiliate


Jangan promosikan terlalu banyak produk pada suatu masa.

Pastikan anda memilih beberapa produk yang berkualiti dan cuba memahami apa kelebihan produk tersebut yang dapat membantu penonton sasaran anda di dalam kehidupan harian mereka.

Apabila anda memilih beberapa produk sahaja, anda mempunyai lebih banyak masa untuk memahami produk tersebut dan anda dapat mempromosikannya dengan lebih efektif.

Apabila anda telah membuat jualan dengan produk tersebut dan mencapai target anda, anda boleh mempromosikan produk yang seterusnya kepada penonton sasaran anda.


6. Kurang atau tiada sokongan daripada Program Pemasaran Affiliate


Anda mesti memilih PPA  yang mempunyai kumpulan sokongan yang akan membantu anda bagaimana untuk mempromosikan produk affiliate secara lebih efektif.

PPA yang bagus akan mempunyai pengurus PPA di mana dia akan membantu anda untuk memahami sistem affiliate yang disediakan oleh pihak syarikat, bagaimana untuk membuat promosi yang efektif dan lain-lain lagi.

Syarikat yang menyediakan Affiliate Manager bagi PPA di Malaysia adalah Involve.

Jika anda ingin menyertai PPA, anda boleh menyertai Program Pemasaran Affiliate Involve. Anda boleh menekan LINK yang disediakan untuk menyertai PPA Involve sebagai Affiliate Marketer:

Daftar Akaun Involve Anda Di Sini


Anda boleh menonton YouTube di bawah bagaimana cara untuk mendaftarkan Akaun Involve anda:

Tonton Cara Untuk Daftar Akaun Involve Di Sini


7. Tidak mempunyai cara atau sistem untuk memantau prestasi Program Pemasaran Affiliate anda


Pengukuran yang tepat   dan laporan (report) adalah dua perkara yang amat penting untuk mengukur prestasi PPA yang anda sertai.

Ia dapat membantu anda untuk memantau sama ada anda ada mempunyai kemajuan atau masih berada dalam tahap yang sama di dalam PPA yang anda sertai.

Anda pasti ingin memilih PPA yang mempunyai cara atau sistem untuk mengukur kemajuan prestasi anda dan di mana kelemahan yang boleh diperbaiki untuk menaikkan jualan anda.

Sekali lagi, PPA bersama Involve mempunyai sistem yang terbaik untuk memantau kemajuan prestasi anda.

Anda boleh menyertai PPA bersama Involve dengan mendaftarkan Akaun Involve anda dengan menekan LINK di bawah:


Daftar Akaun Involve Anda Di Sini


Pastikan anda memilih PPA yang mempunyai cara atau sistem untuk memantau prestasi anda.


8. Kurang kreativiti untuk mempromosikan produk kerana  kurang sokongan


PPA yang menyediakan pelbagai bahan untuk membantu anda mempromosikan produk adalah yang terbaik untuk anda sertai.

Selalunya mereka akan menyediakan templat e-mel, gambar dan sebagainya untuk anda jadikan sebagai bahan promosi produk.


9. Mempunyai pelbagai pilihan produk untuk dipilih


Ini adalah penting supaya anda:

1. Dapat merancang lebih awal produk yang seterusnya untuk dipromosikan

2. Jika ada satu produk viral, anda boleh promosikan produk yang mempunyai ciri yang sama seperti produk yang sedang viral



Dengan mengambil kira segala faktor yang telah diterangkan di atas, anda dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan dan mampu memilih PPA yang selaras dengan niche anda serta pengikut dan penonton anda.

Ia akan membuka peluang untuk anda menjana pendapatan secara konsisten dengan PPA.




Monday, September 11, 2023

Kenapa Anda Mesti Mempunyai “Back Up Income”?

Seluruh dunia mengalami kejutan yang luar biasa apabila diserang dengan penyakit yang berjangkit dan merbahaya iaitu Covid 19 sehingga seluruh dunia berada di dalam keadaan perintah berkurung. Ia mengambil masa sehingga hampir tiga (3) tahun untuk kembali seperti biasa walaupun keadaan sekarang tidak lagi seperti dahulu daripada segi keselamatan akibat daripada penyakit berjangkit di mana kita masih perlu berhati-hati sehingga ke hari ini.

Satu lagi tamparan hebat adalah daripada segi ekonomi. Banyak syarikat yang telah ditutup kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran Covid 19, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan ada pekerja yang telah dipotong gaji kerana syarikat tidak “segagah dahulu” lagi. Siapa yang pernah membayangkan daripada kehidupan yang selesa, tiba-tiba hilang pekerjaan akibat syarikat tidak dapat bertahan, gaji dipotong, masalah kesihatan apabila dijangkiti Covid 19 dan pelbagai cabaran lagi. Segala-galanya hilang dalam sekelip mata.

Jadikan ia sebagai pengajaran untuk masa hadapan sebab kita tak pernah tahu apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Sediakan payung sebelum hujan dan gunakan payung yang sama untuk berteduh daripad terik panas matahari. Cabaran hidup boleh datang pada bila-bila masa. inilah sebabnya setiap individu terutama ketua keluarga iaitu penyumbang utama kepada kewangan keluarga, tidak kira anda seorang suami, bapa, abang, ibu atau ibu tunggal, kita semua mesti mempunyai “Back Up Income”. 

Bagaimana Caranya Untuk Buat”Back Up Income”?

Ada pelbagai pilihan yang boleh dibuat tetapi apa yang menarik perhatian yang boleh dijadikan sebagai panduan seperti yang telah dikatakan oleh Mr Warren Buffet iaitu salah seorang pakar ekonomi dunia iaitu;

Jika anda tidak mencari jalan bagaimana untuk membuat duit semasa anda tidur, anda akan bekerja sehingga hari terakhir anda hidup di muka bumi ini. 

Jadikan kata-kata ini sebagai peringatan dan panduan untuk kita merancang kewangan kita bermula daripada sekarang. Cara yang terbaik untuk kita membuat pendapatan tambahan adalah dengan berniaga secara atas talian (online).


Kenapa Berniaga Secara Atas Talian adalah yang terbaik?

1. Anda boleh buat bisnes anda walau di mana sahaja anda berada sama ada di rumah, semasa bercuti dan lain-lain tempat dengan syarat anda mempunyai telefon pintar dan data internet.

2. Tidak perlu berjumpa orang ramai. Ia adalah jalan penyelesaian terbaik untuk keselamatan dan kesihatan diri.

3. Dapat mengurangkan risiko daripada penyakit yang berjangkit apabila anda tidak keluar bertemu orang ramai.

4. Dapat menjimatkan kos pengangkutan kerana anda tidak perlu keluar daripada rumah.

5. Anda boleh memiliki Shopping Mall anda sendiri dengan barangan berjenana seperti Nike, Puma, Zalora dan sebagainya.

6.Kedai Online anda dibuka 24/7 walaupun anda sedang tidur.

Banyak kelebihan yang bakal anda nikmati bila anda mula buat extra income secara atas talian.


Anda boleh tonton video yang disediakan di bawah untuk anda dapatkan idea bagaimana dan apakah perniagaan yang sesuai dengan apa yang anda ada di tangan termasuk modal yang perlu dikeluarkan:

1. Klik LINK di bawah untuk menonton video; Bagaimana Anda Boleh Buat Extra Income Tanpa Had Dengan Program Pemasaran Affiliate.

Tonton Di Sini Kenapa PPA adalah yang terbaik.

2. Klik LINK di bawah untuk menonton video di mana perkongsian tentangg Program Pemasaran Affiliate (PPA) yang ada di Malaysia.

Tonton Di Sini 5 PPA Di Malaysia

Pastikan anda menonton sehingga habis supaya anda faham dengan baik bagaimana PPA dapat membantu anda mulakan buat income secara atas talian.



Sunday, September 10, 2023

Why Financial Momentum And You

The concept of Financial Autonomy is the ability of a person (It is YOU!) to make decisions related to your income  expenses and your level of indebtedness.


For you to do so, it must be autonomous. Therefore, you can make decisions about everything that affects your financial stability and sustainability.


We will share the opportunity, tips and information about how you and I can improve our live to be better.


You can watch my video in Malay language about Affialiate Marketing Program. Please click link below:

Click Here To Understand Affiliate Marketing Program