Seluruh dunia mengalami kejutan yang luar biasa apabila diserang dengan penyakit yang berjangkit dan merbahaya iaitu Covid 19 sehingga seluruh dunia berada di dalam keadaan perintah berkurung. Ia mengambil masa sehingga hampir tiga (3) tahun untuk kembali seperti biasa walaupun keadaan sekarang tidak lagi seperti dahulu daripada segi keselamatan akibat daripada penyakit berjangkit di mana kita masih perlu berhati-hati sehingga ke hari ini.
Satu lagi tamparan hebat adalah daripada segi ekonomi. Banyak syarikat yang telah ditutup kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran Covid 19, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan ada pekerja yang telah dipotong gaji kerana syarikat tidak “segagah dahulu” lagi. Siapa yang pernah membayangkan daripada kehidupan yang selesa, tiba-tiba hilang pekerjaan akibat syarikat tidak dapat bertahan, gaji dipotong, masalah kesihatan apabila dijangkiti Covid 19 dan pelbagai cabaran lagi. Segala-galanya hilang dalam sekelip mata.
Jadikan ia sebagai pengajaran untuk masa hadapan sebab kita tak pernah tahu apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Sediakan payung sebelum hujan dan gunakan payung yang sama untuk berteduh daripad terik panas matahari. Cabaran hidup boleh datang pada bila-bila masa. inilah sebabnya setiap individu terutama ketua keluarga iaitu penyumbang utama kepada kewangan keluarga, tidak kira anda seorang suami, bapa, abang, ibu atau ibu tunggal, kita semua mesti mempunyai “Back Up Income”.
Bagaimana Caranya Untuk Buat”Back Up Income”?
Ada pelbagai pilihan yang boleh dibuat tetapi apa yang menarik perhatian yang boleh dijadikan sebagai panduan seperti yang telah dikatakan oleh Mr Warren Buffet iaitu salah seorang pakar ekonomi dunia iaitu;
Jika anda tidak mencari jalan bagaimana untuk membuat duit semasa anda tidur, anda akan bekerja sehingga hari terakhir anda hidup di muka bumi ini.
Jadikan kata-kata ini sebagai peringatan dan panduan untuk kita merancang kewangan kita bermula daripada sekarang. Cara yang terbaik untuk kita membuat pendapatan tambahan adalah dengan berniaga secara atas talian (online).
Kenapa Berniaga Secara Atas Talian adalah yang terbaik?
1. Anda boleh buat bisnes anda walau di mana sahaja anda berada sama ada di rumah, semasa bercuti dan lain-lain tempat dengan syarat anda mempunyai telefon pintar dan data internet.
2. Tidak perlu berjumpa orang ramai. Ia adalah jalan penyelesaian terbaik untuk keselamatan dan kesihatan diri.
3. Dapat mengurangkan risiko daripada penyakit yang berjangkit apabila anda tidak keluar bertemu orang ramai.
4. Dapat menjimatkan kos pengangkutan kerana anda tidak perlu keluar daripada rumah.
5. Anda boleh memiliki Shopping Mall anda sendiri dengan barangan berjenana seperti Nike, Puma, Zalora dan sebagainya.
6.Kedai Online anda dibuka 24/7 walaupun anda sedang tidur.
Banyak kelebihan yang bakal anda nikmati bila anda mula buat extra income secara atas talian.
Anda boleh tonton video yang disediakan di bawah untuk anda dapatkan idea bagaimana dan apakah perniagaan yang sesuai dengan apa yang anda ada di tangan termasuk modal yang perlu dikeluarkan:
1. Klik LINK di bawah untuk menonton video; Bagaimana Anda Boleh Buat Extra Income Tanpa Had Dengan Program Pemasaran Affiliate.
Tonton Di Sini Kenapa PPA adalah yang terbaik.
2. Klik LINK di bawah untuk menonton video di mana perkongsian tentangg Program Pemasaran Affiliate (PPA) yang ada di Malaysia.
Tonton Di Sini 5 PPA Di Malaysia
Pastikan anda menonton sehingga habis supaya anda faham dengan baik bagaimana PPA dapat membantu anda mulakan buat income secara atas talian.
No comments:
Post a Comment