Memilih Program Pemasaran Affiliate (PPA) yang tepat adalah amat penting di dalam perniagaan pemasaran affiliate.
Jika anda ingin berjaya sebagai Affiliate Marketer di mana anda dapat membantu pengikut dan penonton sosial media anda seperti TikTok, Instagram, Facebook dan lain-lain lagi, mendapat apa (iaitu produk) yang mereka perlukan dan pada masa yang sama anda dapat menjana pendapatan secara berterusan, anda mesti mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan seperti di bawah ketika memilih PPA:
1. Jangan memilih NICHE yang salah
Apa itu NICHE?
Niche adalah kepakaran yang anda miliki atau fokus dalam content (kandungan) video/gambar/ tulisan tentang sesuatu produk.
Contoh Niche adalah seperti kosmetik, fesyen, kereta, barangan elektronik, motivasi dan banyak lagi.
Content memerlukan Niche; sebagai contoh jika anda telah memilih niche kosmetik, semua content anda mesti berkaitan dengan kosmetik, jangan masukkan content yang rawak seperti barangan elektrik yang tiada kaitan dengan kosmetik.
Ini adalah penting supaya kita akan mendapat pengikut dan penonton yang tepat. Apabila kita telah mendapat pengikut dan penonton yang tepat, ia akan menjadi lebih mudah untuk mendapat jualan daripada pengikut dan penonton sasaran kita (Target Audience).
Jadi, adalah amat penting untuk kita memilih niche yang bersesuaian dengan apa yang kita suka dan memberi keuntungan. Jangan memilih niche untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.
Untuk memilih niche yang terbaik dan tepat untuk anda, pastikan:
i. Anda menyukai niche tersebut
ii. Anda juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang niche tersebut
iii. Pastikan niche tersebut memberi keuntungan kepada anda.
Apabila anda mempunyai minat dan pengetahuan yang luas tentang niche anda, anda akan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk berkongsi kebaikan tentang niche tersebut dengan pengikut dan penonton anda. Berkongsi ikhlas daripada hati, bukan memikirkan keuntungan semata-mata.
2. Anda jangan mempromosikan produk yang tidak berkaitan
Jika anda mempunyai produk yang terbaik tetapi jika ia bukan satu keperluan kepada penonton sasaran anda, ia tetap tidak dapat dijual.
Pastikan anda sebagai Affiliate Marketer memahami apakah keperluan dan minat penonton sasaran anda supaya anda dapat memilih produk yang tepat untuk dipromosikan.
Pastikan produk yang anda ingin promosikan mempunyai nilai tambah kepada penonton sasaran anda.
3. Pastikan anda memilih produk dengan bayaran komisen yang berpatutan
Pastikan komisen yang ditawarkan dan dibayar adalah jumlah yang sama seperti yang telah dipersetujui ketika anda mula menyertai PPA.
Pastikan komisen yang dibayar adalah berbaloi dengan usaha dan masa yang telah anda gunakan untuk mempromosikan produk tersebut.
Sebagai contoh, ia mengambil masa dan usaha yang sama untuk mempromosikan produk yang berharga RM5.00 dan RM500.00 tetapi mempunyai jumlah komisen yang berbeza.
Anda perlu memilih produk yang memberi komisen yang berpatutan dan pada masa yang sama, harga produk tersebut mestilah berpatutan dengan nilai produk tersebut.
Anda juga boleh mempromosikan produk yang mempunyai sifat bayaran komisen yang berulang kali seperti menjual keahlian dan lain-lain lagi.
Anda juga boleh memilih PPA yang mempunyai dua (2) tingkat bayaran komisen di mana anda juga akan mendapat komisen daripada Affiliate Marketer yang anda perkenalkan dan mereka mendaftar sebagai Affiliate Marketer seperti anda.
4. Gagal untuk menilai Program Pemasaran Affiliate yang berkualiti
Ia adalah amat penting bagi anda untuk memilih PPA yang berkualiti dan boleh dipercayai untuk mendapatkan kepercayaan daripada penonton sasaran anda.
Sebelum anda memilih sesuatu produk, pastikan anda membaca review berkaitan produk tersebut atau anda boleh minta sampel atau membeli produk tersebut dan guna sendiri sebelum anda mula mempromosikannya.
Apabila anda mempromosikan satu produk yang tidak berkualiti, ia boleh menjejaskan prestasi anda dan keberangkalian untuk anda tidak mendapat jualan berulang (repeat sales) adalah tinggi dan ia boleh menjejaskan reputasi anda.
5. Mempromosikan banyak produk affiliate
Jangan promosikan terlalu banyak produk pada suatu masa.
Pastikan anda memilih beberapa produk yang berkualiti dan cuba memahami apa kelebihan produk tersebut yang dapat membantu penonton sasaran anda di dalam kehidupan harian mereka.
Apabila anda memilih beberapa produk sahaja, anda mempunyai lebih banyak masa untuk memahami produk tersebut dan anda dapat mempromosikannya dengan lebih efektif.
Apabila anda telah membuat jualan dengan produk tersebut dan mencapai target anda, anda boleh mempromosikan produk yang seterusnya kepada penonton sasaran anda.
6. Kurang atau tiada sokongan daripada Program Pemasaran Affiliate
Anda mesti memilih PPA yang mempunyai kumpulan sokongan yang akan membantu anda bagaimana untuk mempromosikan produk affiliate secara lebih efektif.
PPA yang bagus akan mempunyai pengurus PPA di mana dia akan membantu anda untuk memahami sistem affiliate yang disediakan oleh pihak syarikat, bagaimana untuk membuat promosi yang efektif dan lain-lain lagi.
Syarikat yang menyediakan Affiliate Manager bagi PPA di Malaysia adalah Involve.
Jika anda ingin menyertai PPA, anda boleh menyertai Program Pemasaran Affiliate Involve. Anda boleh menekan LINK yang disediakan untuk menyertai PPA Involve sebagai Affiliate Marketer:
Daftar Akaun Involve Anda Di Sini
Anda boleh menonton YouTube di bawah bagaimana cara untuk mendaftarkan Akaun Involve anda:
Tonton Cara Untuk Daftar Akaun Involve Di Sini
7. Tidak mempunyai cara atau sistem untuk memantau prestasi Program Pemasaran Affiliate anda
Pengukuran yang tepat dan laporan (report) adalah dua perkara yang amat penting untuk mengukur prestasi PPA yang anda sertai.
Ia dapat membantu anda untuk memantau sama ada anda ada mempunyai kemajuan atau masih berada dalam tahap yang sama di dalam PPA yang anda sertai.
Anda pasti ingin memilih PPA yang mempunyai cara atau sistem untuk mengukur kemajuan prestasi anda dan di mana kelemahan yang boleh diperbaiki untuk menaikkan jualan anda.
Sekali lagi, PPA bersama Involve mempunyai sistem yang terbaik untuk memantau kemajuan prestasi anda.
Anda boleh menyertai PPA bersama Involve dengan mendaftarkan Akaun Involve anda dengan menekan LINK di bawah:
Daftar Akaun Involve Anda Di Sini
Pastikan anda memilih PPA yang mempunyai cara atau sistem untuk memantau prestasi anda.
8. Kurang kreativiti untuk mempromosikan produk kerana kurang sokongan
PPA yang menyediakan pelbagai bahan untuk membantu anda mempromosikan produk adalah yang terbaik untuk anda sertai.
Selalunya mereka akan menyediakan templat e-mel, gambar dan sebagainya untuk anda jadikan sebagai bahan promosi produk.
9. Mempunyai pelbagai pilihan produk untuk dipilih
Ini adalah penting supaya anda:
1. Dapat merancang lebih awal produk yang seterusnya untuk dipromosikan
2. Jika ada satu produk viral, anda boleh promosikan produk yang mempunyai ciri yang sama seperti produk yang sedang viral
Dengan mengambil kira segala faktor yang telah diterangkan di atas, anda dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan dan mampu memilih PPA yang selaras dengan niche anda serta pengikut dan penonton anda.
Ia akan membuka peluang untuk anda menjana pendapatan secara konsisten dengan PPA.
No comments:
Post a Comment