Sunday, October 8, 2023

Bagaimana Untuk Memilih Niche Affiliate Yang Menguntungkan

Langkah demi langkah bagaimana untuk memilih Niche Affiliate yang menguntungkan:


Langkah Pertama (1): Bagaimana untuk memilih Niche Affiliate


Anda mesti tahu bahawa bukan setiap niche adalah menguntungkan seperti yang anda harap-harapkan.


Pastikan anda memilih satu niche di mana ia berbaloi untuk anda:


i. Meluangkan masa dan usaha untuk mempromosikan niche tersebut.

🌹 Anda mesti memilih satu niche yang boleh dijual dan menguntungkan anda tetapi pada masa yang sama ia dapat memberi manfaat kepada pelanggan yang membelinya.

🌹 Beberapa langkah sebagai panduan untuk anda mula memilih Niche Affiliate yang boleh menguntungkan anda:


ii. Sumbangsaran (Brainstorming) untuk memilih Niche Affiliate.

♦️ Buatkan senarai 10 - 20 niche yang anda berminat untuk mempromosikannya.

♦️ Semasa menyediakan sumbangsaran ini, abaikan dahulu sama ada niche ini menguntungkan anda atau tidak.

♦️ Anda boleh mendapat idea  tentang jenis niche yang boleh anda pilih seperti di bawah:


a. Cari niche yang ada di dalam buku  majalah atau di kedai buku

b. Cari di Google News atau Sosial Media seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya tentang topik dan kecendurangan (trend) terkini yang berlaku secara online.

c. Gunakan Google Trends untuk analisis kepopularan carian yang paling banyak.

d. Anda juga boleh menggunakan Pinterest untuk mengetahui kecendurangan terkini. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah taip Kata Kunci (Keyword) yang anda inginkan. Pinterest akan menunjukkan topik-topik terhangat yang menjadi kecendurangan terkini sebagai bahab rujukan anda.

Sebagai contoh, anda taip Kata kunci Affiliate Marketing; pelbagai topik terkini berkenaan PPA akan keluar di dalam senarai seperti cara buat duit dengan PPA, lima (5) laman web terbaik untuk mulakan PPA, tips untuk mulakan PPA dan sebagainya.

Anda bukan sahaja mendapat maklumat tentang topik yang anda cari tetapi juga mendapat idea baru untuk mengembangkan topik anda.


Langkah Kedua (2): Ambil tahu tentang keuntungan yang bakal anda perolehi daripada Niche Affiliate yang anda ingin promosikan


Daripada senarai niche yang telah anda buat, anda boleh menilainya dengan melihat potensi pendapatan bagi setiap niche tersebut satu persatu.


Daripada penilaian ini, anda dapat mengetahui adakah anda akan memperolehi pendapatan yang berterusan daripada produk yang anda akan promosikan.


Ada beberapa cara untuk anda membuat penilaian:


i. Anda perlu tahu berapa ramai orang yang beriklan di Google Adwords untuk niche tersebut.


🌹 Para peniaga tidak akan terus beriklan jika niche tersebut tidak menguntungkan mereka.

🌹Kos bagi setiap klik (CPC - Cost Per Click) yang tinggi menunjukkan bahawa ia adalah niche yang menguntungkan.


ii. Buat carian Google


🌹Anda taip niche yang anda kehendaki dan lihat senarai yang dikeluarkan oleh Google muka surat pertama Google. Jika anda mendapati tidak banyak maklumat yang boleh didapati, kemungkinan besar ia adalah niche yang kurang menguntungkan.


iii. Anda boleh buat carian jika ada majalah yang dikeluarkan untuk membincangkan tentang niche tertentu. 


🌹 Jika ada majalah yang dikeluarkan untuk niche tersebut, ia adalah satu tanda  bahawa niche tersebut memang menguntungkan. 


🌹 Sebagai contoh majalah Joran dan majalah Sirip berkaitan dengan pancing. Tetapi tidak dapat dipastikan majalah-majalah ini masih diterbitkan atau tidak.


iv. Buat analisa/ penyelidikan kata kunci bagi Niche Affiliate anda


🌹 Apa yang anda lakukan di dalam PPA memerlukan kata kunci. Walau apa cara yang anda gunakan untuk mempromosikan produk affiliate anda sama ada  Bayaran Bagi Setiap Klik (PPC  - Pay Per Click), blog, sosial media seperti Facebook  Instagram dan lain-lain.


🌹 Anda perlu memilih kata kunci yang betul agar dapat menjemput lebih ramai pelanggan untuk menekan Link Affiliate anda.


🌹 Gunakan Google Keyword Planner ; alat kata kunci percuma yang disediakan oleh Google untuk analisa dan amat mudah untuk  digunakan.


🌹 Anda masukkan frasa kata kunci yang anda mahukan dan anda akan mendapat banyak kata kunci yang berkaitan sebagai rujukan.


🌹 Tips sebagai panduan untuk anda; Anda mesti mencari frasa kata kunci yang mempunyai sekurang-kurangnya 1000 carian setiap bulan dengan kurang daripada 50K laman web yang bersaing.


Langkah Ketiga (3): Bagaimana untuk mencari produk affiliate yang menguntungkan di dalam niche anda


Memilih produk affiliate yang berkualiti di mana ia memberi manfaat kepada pelanggan adalah amat penting untuk anda menjadi Pemasar Affiliate (Affiliate Marketer) yang berjaya.


Anda mesti memilih:


i. Produk daripada niche yang memberi banyak manfaat kepada pelanggan bagi setiap ringgit yang mereka belanjakan.


ii. Produk yang anda tahu di mana ia dapat membantu anda untuk menulis tentang kelebihan dan kegunaan produk tersebut dengan baik dan kenapa anda mengesyorkan kepada orang ramai untuk memilikinya.


iii. PPA yang mempunyau sistem yang bagus di mana ia menyediakan laporan statistik dan bagaimana anda dapat melihat dan memantau prestasi PPA anda.


iv. Produk yang mempunyai laman web yang profesional dan mudah untuk difahami dan digunakan.


v. Memiliki produk/ rangkaian produk yang berkualiti.


Salah satu PPA yang mempunyai kualiti seperti yang disenaraikan di atas adalah: 


i. Involve Asia


Jika anda ingin menyertai PPA, anda boleh mendaftarkan diri dengan menggunakan link di bawahπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Daftar Akaun Involve Asia Di Sini Sekarang



ii. Shopee Affiliate Program


Jika anda ingin menyertai PPA, anda boleh mendaftarkan diri dengan menggunakan link di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Daftar Shopee Affiliate Program Di Sini Sekarang

Masukkan REFERAL CODE: K7DT7E9


iii. Accesstrade Affiliate Program


Jika anda ingin menyertai PPA, anda boleh mendaftarkan diri dengan menggunakan link di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Daftar Accesstrade Affiliate Program Di Sini Sekarang



iv. TikTok


Jika anda ingin menyertai PPA, anda boleh mendaftarkan diri dengan menggunakan link di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Daftar TikTok Di Sini Sekarang


Anda boleh mengetahui dengan lebih baik tentang PPA dengan merujuk kepada Link di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Klik Di Sini Untuk Dapat Lebih Info Tentang PPA


Langkah Keempat (4): Di mana dapat mencari PPA untuk anda sertai?


Terdapat pelbagai cara untuk anda cari PPA untuk anda sertai sebagai langkah menjana pendapatan secara online:


1. Anda boleh mencari di Enjin Carian ( Search Engine)

Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip Kata Kunci tentang niche yang anda cari


2. Anda boleh mencari di laman web peniaga (merchant) yang mengeluarkan produk yang anda berminat untuk mulakan langkah pertama sebagai Pemasar Affiliate. Tetapi pastikan anda mulakan dengan membuat analisa tentang niche yang telah anda senaraikan.


3. Cari Affiliate Networks seperti Involve Asia, Accesstrade, TikTok dan pelbagai lagi.

Untuk sertai dan daftar PPA seperti di atas, sila gunakan Link yang telah diberikan pada Langkah Ketiga (3) di atas.


Ini adalah panduan untuk anda memilih PPA yang sesuai untuk anda bermula atau menambah PPA yang sedia ada.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.